10 Makanan Terpedas Di Dunia!

Ramai juga yang suka atau tak boleh makan makanan pedas ni. Tetapi bagi sesetengah orang, kalau tak rasa pedas dalam hidangan mereka tak sah, tak sempurna hidup mereka, paling kurang pun nak kena nampak cabai juga. Mari kita tengok makanan apa yang paling pedas di dunia. Agak-agak anda boleh tahan tak pedasnya?




10. TOM YUM - SIAM

Sup asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda, aroma yang memikat dan menjanjikan pedas yang menyengat. Variasi dari Tom Yum ini banyak, antara lain adalah Tom Yum Gai (ayam) atau Tom Yum Pla (seafood), rasa pedas yang ada berasal dari cili yang disebut Thai Bird's Eye Chilis, air limau nipis dan daun jeruk purut. Menu ni rasa yang cukup untuk menbuat lidah anda seperti dalam ketuhar.




9. SHRIMP CREOLE - AMERIKA

Masakan ini berasal dari Amerika Syarikat bahagian Selatan, dan merupakan comfort food buat mereka yang stim bila rasa terbakar kat dalam molot. Campuran bahan makanan ini sederhana, seperti cili, tomato, udang dan ayam, dan rasa pedas makanan ini didapati dari cilii segar dan cayenne pepper.






8. PAPA A LA HUANCAINA - PERU

Makanan ringan seperti salad kentang, yang berisi kentang rebus sejuk, dan disajikan dengan sos Huancaina. Penyajian lengkap makanan ini selalu melibatkan daun salada, buah zaitun hitam, biji jagung, dan potongan telur rebus. Sos Huancaina inilah yang membuatnya ekstra pedas, kerana selain dibuat dari keju, susu kental, garam, salah satu bahannya adalah cili yang disebut Amarillo chili.




7. LOBAK DENGAN LADA SICHUAN - CHINA

Pada umumnya salad disajikan segar dengan sedikit rasa masam, tapi salad yang ini sangat berbeza. Lobak dengan Lada Sichuan dan potongan cili merah. Jadi dalam makanan ini anda akan rasa manis, pedas, dan rangup. Memang makanan yang disajikan dengan hebat dan membakar.Cabai yang digunakan? Bird's Eye Chilis. Jika cabai ini masih kurang, ingat.. ada Lada Sichuan. 




6. Kimchi Al Dolsot Bibimbap - KOREA

Bibimbap? Kimchi? nama pelik cuba anda lihat satu persatu. Kimchi adalah acar kobis, yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai, dan halia! Pedas? Sangat! makanan ini juga disediakan panas! Bayangkanlah, rasa pedas bawang dan cibi serta halia yang digabungkan.. pasti menyengat!

Bibimbap adalah makanan klasik korea, yang terdiri daripada nasik, sayor tumis, daging, telur goreng dan semestinya sambal. 





5. CHICKEN WING SUICIDE - AMERIKA

Entah kenapa orang Amerika suka sangat dengan sayap ayam yang digoreng kering, kemudian dicampur dengan bahan panas-pedas yang menurut mereka 'boleh membakar perut'. Biasanya bahan-bahan campuran berupa campuran Sos Tabasco, potongan cabai kering, dan cabai segar cincang.




4. JERK CHICKEN - JAMAICA

Bukan ganas sahaja, tapi makanan nijuga best dan sangat mengenyangkan. Bahan campuran khas dari daerah Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma. All spice, cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih, semuanya ada rasa hangat, yang diperkuat oleh cili Scotch Bonnet yang dikatakan boleh buat orang sasau setelah menelan. Ramai orang kata best




3. WOT - ETHIOPIA

Mungkin ramai orang yg tidak terfikir Afrika juga ada makanan pedas, tapi Ethiopia terkenal dengan Wot (sejenis tumisan). Wot yang paling power musti dicampur satu kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa biji halia, dan barbere (campuran bahan kering dan cili kering).

Makanan luar biasa ini dibuat daripada sup ayam, yang diberi bahan seperti di atas, dan direbus selama beberapa jam, sampai semua bahan dapat dirasai. Panas dari cili dan bahan yang ada juga tak ketinggalan sikit pon. Setelah masak, makanan ini disajikan di atas piring roti dan boleh dibelasah ngan telur rebus.





2. VINDALOO - INDIA

Vindaloo pedas sebab daging yang digunakan dalam masakan ini direndam dalam cuka & ditambah ngan cili kering, ketumbar & halia yg pedas. Semuanya akan bekerjasama membuatkan daging yang ada kat dalam menyengat habis!



1. SAMBAL ULEK - INDON

Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird's Eye Chili.

Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin. uhmm..ada chance yg nih sama cam kat warong penyet the curve tu kot?


Ini dia cara membuat TOM YUM masakan dari SIAM selamat menikmati ....

 

0 comments:

Post a Comment

 
  • Makanan Pedas © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes
    Free Burger Cursors at www.totallyfreecursors.com